Thursday, October 14, 2010

AKU DAN KIASAN


kat rumah,Leeds Lay

Jam di sisi katil menujukkan hampir pukul 6.30 pagi.Uhh malasnya aku nak bangun.Kesejukkan di sini membuatkan aku lebih malas untuk bangun.Selimut di hujung katil segera ditarik menyelubungi tubuh yg rasanya sudah hampir tahap ais batu.

"Leha,ooo cik leha,bangun!!!"Kedengaran suara serak-serak basah yg sumbang menjerit-jerit memanggilku.
"Ya Allah,tingginya frekuansi suara member aku ni..."aku mengumpat di dalam hati.Berdosa sungguh pagi-pagi ni.Aku masih lagi telentang di katil umpama buaya lepas makan.
"aghh,malasnya nak bangun.."aku berkata sendirian.
"Malas,apa ko cakap?ko malas nak bangun?ko tahu tak pagi ni ko ada exam?solat pun belum,bersiap pun belum.."Tiba-tiba Nisah,rakan serumahku yg menjerit-jerit tadi sudah berada betul-betul dihadapanku.Bila masa minah ni terpacak kat sini?aku pun tak tahu.
"Ha,Ya Allah mcm mana aku boleh lupa ni?"Aku segera bangkit dari mimpi-mimpi semalam.Tuala yg disidai dikerusi dicapai olehku dan terus bergegas ke tandas.Aku segera membersihkan diri dan mengambil wuduk.Mandi??tidak la sama sekali..huhuhu sejukkkkkkkk

Kat U

" Miss Saleha,you're late again !"Tuan pensyarah aku membebel-bebel sebaik saja tepat aku memasuki dewan perkuliahan." Sorry sir.."Itu saja jawapan yg mampu aku ungkap.Aku melihat rakan-rakan yg lain sedang khusyuk menghadap kertas soalan."Eleh,betul-betul khusyuk ker tu?sure dapat soalan killer ni....tunduk kedu je sumer..hahahaha"Hati tanduk aku yang mula tumbuh berbisik.Mungkin geram agaknya kerana dah terlewat mengambil kertas exam hari ni.Dah tu pulak,kena bambu dengan Tuan Pensyarah,Prof.Dr.Hawk Anson.Aku segera mengambil tempat duduk dan memulakan sesi menjawab soalan.
"Psssssst,tak mandi ek?"Roslan,antara rakan kuliah sebangsa denganku menegur sambil menunjukkan ke arah seluar aku.Dia sempat lagi mengekekkan aku.Apsal?aku terkedu sebentar.
"Alamak,kantoi....."Aku hanya mampu tunduk sahaja.Seluar belang-belang tidur yg dipakai semalam lupa nak tukar.Nampak sangat la seluar tidur.Siap ada gambar batman lagi.Hampeh!!!
"Janji tutup aurat dah...."aku memujuk diri sendiri yg sebenarnya amat malu dengan situasi ini.Aku benar-benar tak dapat nak memfokuskan diri untuk menjawab soalan dari kertas theory structure
ini.Mungkin kerana keadaan yang agak kelam kabut tadi.Apapun,aku mula menggerakkan bibir menenangkan hati yg gundah gulana ini dengan kalimah Allah dari surah Al-Insyirah.

"Awak.....!"Satu suara jauh sayup dari belakang memanggilku.Aku segera memalingkan kepala melihat empunya suara.huh,Roslan lagi.Berlari-lari dia ke arahku.Exited betul!
"Awak,awak marah kat saya ke pasal tadi?sorry la yer...exam tadi mcm mana?ok?"Tanya Roslan kepadaku.Kelihatan comel melihat dia dari dekat.Opps,sekali pandang je.rezeki...dua kali pandang takleh,dah jadi dosa..huhuhu
"errmm,small matter..hal tadi tu..exam tadi?ok je,boleh la.."Jawab aku sambil menundukkan kepala.Dia juga kelihatannya begitu.Hanya tunduk bersahaja.Mukanya kelihatan sedih..
"awak....."Aku memanggilnya.Mimpi ke mamat ni di siang hari?diam je?
"aaa,yer.. sorry..awak cakap apa tadi?"Tanyanya kembali.Hmmm memang sah mamat ni mimpi.
"takder apa-apa la..yg awak ni,kenapa mcm muka sedih je?"Tanya aku kepada Roslan.
"Hari ni hari last kita kan?dah final rupanya...kejap jer masa berlalu..."Jawab Roslan.Matanya tidak habis-habis memandang sekeliling.Mungkin mencari pengertian.
"hmmm,a'ah..tak sabar rasanya nak balik Malaysia!Jawab aku gembira..aku tidak pasti apakah perasaannya.
"Bila amik flight?"Tanyanya lagi.
"3 hari lagi..jumaat ni.."Jawabku pendek.
"hmmmm...ok...assalamualaikum."Ayat terakhir Roslan lalu terus berlalu pergi meninggalkan aku sendiri.Aku terkebil-kebil sendirian.Aku ada salah cakap ke?atau dia ada hal yg harus disegerakan?hmmm susah nak faham lelaki ni...

kat rumah,Leeds Lay..cuaca -2 celcius

Kesejukan cuaca luar memang tidak dpt ditandingi oleh heater dalam rumah ni.Aku mengigil-gigil kesejukan sambil menghadap komputer.
"uiks..ada email la.."Aku tersenyum sendirian.Sapa la agaknya gerangan yg menghantar?adik aku ke?atau utusan sulit seri paduka baginda..ahaks merepek aku petang-petang ni.
"Roslan?apahal mamat ni tiba-tiba hantar email kat aku ni?"aku kebingungan.Tak pernah dalam sejarah hidup aku,dia hantar.

saleha,
burung-burung bebas berterbangan
menggapai awan di langit tinggi
bilakah gerangannya akan bertamu di sarang
sudikah kiranya burung yg bebas itu terpaut dikamar sarangnya?

Saleha,
cantik wau terbang meninggi
tanpa tali ke manalah arahnya
andai tali pengikat segalanya
berilah peluang tali bersama wau
untuk terbang tinggi bersama


"wau??mentang-mentangla mamat ni orang terengganu,pandai pulak berwau-wau.."Aku tergelak sendirian.Tapi aku mengakui,aku agak terkedu dengan maksudnya.Indah sekali bahasanya.Aku sedikit sebanyak dapat menangkap maksud kiasan ini.
"Ya Allah,adakah ini........."Emosi aku benar-benar terusik dengan kandungan email ini.
Roslan.....................................


Nak balik Malaysia daaa...horey!

Suasana sibuk di Heatrow Airport sedikit sebanyak mengurangkan kesedihan aku untuk meninggalkan bumi tempat aku mendalami ilmu selama ini.Aku sedikit sebanyak hampir tewas dengan emosi air mata untuk meninggalkan beberapa sahabatku yang masih lagi belum habis berjuang di saat-saat akhir exam ini.Namun,emosi ini aku gagahi dengan ukhuwahfillah yg kami bina selama ini bahawa persahabatan kami tidak akan putus dan perjanjian kami bahawa akan bertemu kembali di tanah air nanti sebaik sahaja semuanya pulang kelak.Itulah yang menjadikan kehebatan kami dalam persahabatan ini.Perjanjian bahawa ukhuwah yg terbina ini adalah kerana Allah akan terus dimenterai sehingga ke dunia akhirat kelak.Kami saling berpelukan antara satu sama lain.Ikatan inilah yg mengukuhkan segalanya.
"Leha,nanti dah sampai Malaysia jangan lupa email aku yer..ko janji tau"Atikah,salah seorang sahabat akrabku memesan.Dia dan beberapa yang lain masih belum habis lagi.Mungkin kerana jurusan perubatan yang melambatkan kepulangan mereka ke tanah air.
"Aku janji,aku mesti email ko nyer..hari-hari aku mesti email ko.."aggghh akhirnya aku tewas dalam emosi ini.Airmata aku bercucuran jua akhirnya.Kami saling berpelukan.Andainya masa boleh terhenti ketika ini...mahu saja aku hentikan...terlalu berat rasanya untuk berpisah dengan sahabat-sahabat seperjuangan dunia akhirat ini..

"Leha,tgk belakang....."Tiba-tiba Tikah menyuruhku memandang ke belakang.
Kelihatan Roslan cegat berdiri..selalu panggil aku dr belakang...nyampah!hehehhe
Ditangannya juga kelihatan sebuah wau yg sederhana besarnya bersama lilitan tali di sisi wau.

"Assalamualaikum...."Tegur Roslan sambil tersenyum.
"Waalaikummusalam.."Jawab aku tersipu malu...mungkin kerana teringatkan kata-kata email yg diberi olehnya tempoh hari.

"Awak jaga wau ni baik-baik...seminggu lagi saya balik je Malaysia,saya terus nak ikat wau ni dengan tali yg ada kat saya ni...ok,jaga diri baik-baik..assalamualaikum!"Kata-kata Roslan yang terakhir dan dia terus berlari pergi tanpa sempat aku bercakap apa-apa.hmmm waalaikumussalam........

Aku hanya tersenyum memandang wau ini.Kedengaran penguguman yang pintu gate flight aku telah di buka.
United Kingdom,terima kasih atas segala kenangan ini.Perjuangan,persahabatan,ukhuwah dan kehidupan............................................. 




p/s:antara cerita yang aku sedang baca.selain itu ada gak novel yang panjang