Sunday, May 8, 2011

Yang Gadis Perlu Tahu

MENGENALI SIFAT LELAKI ADA MASANYA SUKAR UNTUK SI GADIS MEMAHAMI HATI BUDINYA MALAH SEMEMANGNYA SIFAT LELAKI MASA KINI SERING KALI BERUBAH-UBAH MENGIKUT SITUASI DAN TEMPAT. KALI INI REMAJA MENAMPILKAN CIRI-CIRI LELAKI YANG SI GADIS PERLU TAHU.

1. LELAKI BERSEMANGAT
Bagaimana mengenali mereka: Personaliti diri mereka dikenali menerusi penampilan fizikal mereka. Selalunya mereka yang punya semangat tinggi dalam hidup akan sering kelihatan kepenatan. Mungkin selepas makan atau merokok. Dia juga seorang yang lebih suka memendam rahsianya seorang diri dan dari segi kewangan, tidaklah begitu berduit sangat. Satu lagi sikapnya, sering marah dengan ahli keluarga yang lain. Mungkin sebab kekurangan rehat akibat penat bekerja dan melakukan segalanya dengan begitu bersungguh-sungguh. 
Maknanya: Biarpun mereka ini sering keletihan tapi sebenarnya mereka ini seorang yang sangat bersemangat dalam hidup dan sanggup bekerja keras demi kepentingan keluarga. Kamu boleh bergantung hidup padanya. Cuma sekiranya kamu tak dapat menyesuaikan diri dengan sikap mereka yang keterlaluan dalam kerjaya, boleh membuatkan hubungan itu tidak berjaya seperti yang sepatutnya! Sebaliknya kamu mungkin boleh menjadi pendorongnya dalam kerjayanya itu.

2. LELAKI TAKUT KOMITMEN
Bagaimana mengenali mereka: Dia sememangnya seorang lelaki yang sangat pandai bergaya dan sentiasa berpakaian kemas. Tiap apa yang dipakainya cukup sesuai dengan majlis dan suasana. Pendek kata, mereka memang ‘trendy’ dari segi pemakaian dan imej diri. Selain itu, telefonnya juga asyik berdering dan pemanggilnya susah tentu terdiri daripada gadis-gadis. Mengalahkan VIP pula tu!
Maknanya: Sekiranya dia mempamerkan antara sikap begitu, dia dikatakan seorang yang tak boleh dipercayai sangat apa yang diucapkan pada kamu. Mungkin hari ini dia melafazkan kata suka padamu tapi beberapa minggu kemudian, dia seolah-olah tak mengenali kamu selama ini! Dalam erti kata yang sebenarnya, dia masih belum bersedia untuk menjalinkan komitmen dengan mana-mana gadis buat masa itu.

3. LELAKI ANTI PEREMPUAN
Bagaimana mengenali mereka: Perhatikan corak mereka berbelanja, memang boros. Mereka juga kadang kala gemar mengumpul sesuatu benda sebagai koleksi. Mereka juga tidak sukakan kanak-kanak dan tak begitu rapat dengan keluarga sendiri. 
Maknanya: Sebenarnya mereka ini bukanlah anti perempuan sangat tapi jenis lelaki yang lebih suka mempergunakan wanita untuk kepentingan mereka. Sebelum memiliki seseorang wanita, mereka sanggup melakukan apa saja sekalipun tapi bila dah dapat, semuanya tak kena! Tapi sikap ini akan berubah bila di satu ketika dia akan mendapati dirinya terpikat 
dengan seorang wanita tapi sudah pastinya perempuan itu seorang yang menurut kehendaknya!