Sunday, May 8, 2011

Yang Gadis Perlu Tahu

MENGENALI SIFAT LELAKI ADA MASANYA SUKAR UNTUK SI GADIS MEMAHAMI HATI BUDINYA MALAH SEMEMANGNYA SIFAT LELAKI MASA KINI SERING KALI BERUBAH-UBAH MENGIKUT SITUASI DAN TEMPAT. KALI INI REMAJA MENAMPILKAN CIRI-CIRI LELAKI YANG SI GADIS PERLU TAHU.

1. LELAKI BERSEMANGAT
Bagaimana mengenali mereka: Personaliti diri mereka dikenali menerusi penampilan fizikal mereka. Selalunya mereka yang punya semangat tinggi dalam hidup akan sering kelihatan kepenatan. Mungkin selepas makan atau merokok. Dia juga seorang yang lebih suka memendam rahsianya seorang diri dan dari segi kewangan, tidaklah begitu berduit sangat. Satu lagi sikapnya, sering marah dengan ahli keluarga yang lain. Mungkin sebab kekurangan rehat akibat penat bekerja dan melakukan segalanya dengan begitu bersungguh-sungguh. 
Maknanya: Biarpun mereka ini sering keletihan tapi sebenarnya mereka ini seorang yang sangat bersemangat dalam hidup dan sanggup bekerja keras demi kepentingan keluarga. Kamu boleh bergantung hidup padanya. Cuma sekiranya kamu tak dapat menyesuaikan diri dengan sikap mereka yang keterlaluan dalam kerjaya, boleh membuatkan hubungan itu tidak berjaya seperti yang sepatutnya! Sebaliknya kamu mungkin boleh menjadi pendorongnya dalam kerjayanya itu.

2. LELAKI TAKUT KOMITMEN
Bagaimana mengenali mereka: Dia sememangnya seorang lelaki yang sangat pandai bergaya dan sentiasa berpakaian kemas. Tiap apa yang dipakainya cukup sesuai dengan majlis dan suasana. Pendek kata, mereka memang ‘trendy’ dari segi pemakaian dan imej diri. Selain itu, telefonnya juga asyik berdering dan pemanggilnya susah tentu terdiri daripada gadis-gadis. Mengalahkan VIP pula tu!
Maknanya: Sekiranya dia mempamerkan antara sikap begitu, dia dikatakan seorang yang tak boleh dipercayai sangat apa yang diucapkan pada kamu. Mungkin hari ini dia melafazkan kata suka padamu tapi beberapa minggu kemudian, dia seolah-olah tak mengenali kamu selama ini! Dalam erti kata yang sebenarnya, dia masih belum bersedia untuk menjalinkan komitmen dengan mana-mana gadis buat masa itu.

3. LELAKI ANTI PEREMPUAN
Bagaimana mengenali mereka: Perhatikan corak mereka berbelanja, memang boros. Mereka juga kadang kala gemar mengumpul sesuatu benda sebagai koleksi. Mereka juga tidak sukakan kanak-kanak dan tak begitu rapat dengan keluarga sendiri. 
Maknanya: Sebenarnya mereka ini bukanlah anti perempuan sangat tapi jenis lelaki yang lebih suka mempergunakan wanita untuk kepentingan mereka. Sebelum memiliki seseorang wanita, mereka sanggup melakukan apa saja sekalipun tapi bila dah dapat, semuanya tak kena! Tapi sikap ini akan berubah bila di satu ketika dia akan mendapati dirinya terpikat 
dengan seorang wanita tapi sudah pastinya perempuan itu seorang yang menurut kehendaknya!

Psst, Syarat Untuk Bahagia



Untuk bertemu dengan orang yang tepat, kamu harus memainkan peranan yang penting. Ini kerana sedikit sebanyak sikap kamu mempengaruhi hubungan yang dijalin. Jadi berikut adalah empat syarat penting yang harus ada dalam diri kamu andai ingin cinta berakhir bahagia…

Cintailah diri sendiri sebelum kamu mencintai orang lain
Kebanyakan daripada kamu apabila bercinta sanggup mengetepikan kemahuan, keinginan serta keperluan diri sendiri demi insan yang bergelar kekasih. Inilah kesilapan paling besar. Andai kamu sendiri tidak belajar menyayangi diri sendiri bagaimana orang lain ingin menyayangi diri kamu. Jadi pastikan kamu sayang diri sendiri terlebih dahulu sebelum kamu 
ingin menyayangi orang lain. 

Punya pendirian yang tetap

Seseorang yang punya pendirian akan tahu apa yang dia inginkan untuk diri dan tidak akan berubah mengikut cara orang lain biarpun orang yang disayanginya. Inilah yang terbaik kerana apabila kamu tidak berpendirian, itulah yang menjadi punca hidup mudah dikongkong atau ditentukan oleh orang lain. Ini secara tidak langsung membuka ruang untuk orang 
mempermainkan hati kamu.

Bahagikan hidup kamu dengan hal-hal yang lain
Paling sering berlaku, apabila kamu telah menyayangi seseorang sepenuh hidup kamu akan dihabiskan untuk si dia sahaja. Segala hobi dan aktiviti kamu turut dihentikan demi untuk memberi perhatian pada si dia. Namun jangan lupa hidup ini bila kita hanya bergantung pada seseorang dan satu hal sahaja iaitu cinta, inilah punca utama yang boleh membuat kamu kecewa teramat sangat apabila hubungan yang dibina terputus di tengah jalan. Jadi belajarlah membahagikan hidup kamu dengan cinta, kerjaya, keluarga, hobi dan sebagainya. Percayalah kamu akan rasa hidup akan lebih lengkap dan bahagia bila bijak membahagikan segala-galanya dengan baik dan teratur.

habuk...lumut....

assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh....

tentu ada antara korang yang setia membaca blog nitertanya2 nape aku jarang update(xpenah update) untuk tempoh 5bulan ni kan???senang jer jawapan nya,aku takder internet...well,korang kan taw aku ni miskin,so mana ada duit nak bli broadband ke ape ke....harapkan yang ada jer r...bersyukur dengan yang kita ada...so, wat masa ni,aku akan kurangkan bebelan..

"pendam dalam hati" 
itu adalah satu ungkapan yang aku asyik dengar sejak 5bulan ni...well,nak cter sal LI tapi takut mengguris perasaan sesetengah orang...apepun,aku ni jenis yang susah utuk pendamkan perasaan..biasanya aku luahkan nya n akan guris perasaan sesiapa je yang berkenaan....hope korang maafkan aku

p:s>>>>kita manusia,tak terlepas dari melakukan dosa...