Saturday, December 17, 2011

Beza antara Couple and Bercinta

Sebenarnya, couple ni bukan perkataan dah. Kalau dari segi English, "Couple" bermaksud "A pair" or "Satu pasangan" yang merujuk kepada "Dua". "Satu pasangan" dan "Dua" dalam kes ini adalah berdua-duaan. And sekarang, Couple adalah istilah. Istilah yang bermaksud seseorang yang berdua-duaan dan melakukan benda haram. Itu lah couple dan ianya adalah haram of course.


Bercinta is berbeza. Cuba korang bayangkan. Kau suka kat someone. Dia pun suka dekat kau. Dia tak confess dan kau pun tak confess. Tapi setiap hari korang ber'sms' dengan dia. Yes, korang bercinta dah tu. So adakah ianya haram? If yes, why?

Ramai juga yang bertanya:

"Alaaaaah. Kalau bercinta. Mustahil lah tak pernah keluar berdua. Mustahil la tak pegang-pegang. Mustahil lah tak pernah duduk rapat-rapat dan hug-hug. Then mesti mintak gambar freehair kat awek kan?" 

For me, no. Not mustahil. Aku pernah keluar berdua dengan perempuan. Aku tak pernah sentuh kulit perempuan dengan sengaja dan bab duduk sambil hug-hugh tu lagi lah. Dan aku kalau boleh, aku tak nak pun girl yang aku sayang tunjukkan aurat dia kat lelaki lain. So yes, aku tak pernah pun mintak gambar-gambar perempuan lebih-lebih lagi gambar freehair. Everything is posible. Tak semua lelaki perangai dia buruk dan gila seks seperti ex korang.

How about this question? 
"Dalam Islam kan ada kata jangan mendekati zina. Bercinta ni mendekatkan diri kau dengan zina"

Dalam banyak-banyak kawan lelaki aku, hanya dua orang yang dah pernah main perempuan. The rest of it, tak pernah. And yang dua orang tu bukan berzina dengan awek. Dia berzina dengan orang yang dia jumpa di kelab malam dan dengan kawan dia. Ya, dia berzina dengan kawan dia. Not my today friend but once upon a time friend.

So, adakah kita nak letakkan sebagai berkawan itu juga haram just kerana boleh mendekati zina?

Antara soalan yang famous lagi. 

"Kita cuba la tengok balik. Nasi tu halal atau haram? Halal kan? Tapi kalau ada secubit daging babi, mesti akan haram kan? Bergitu juga dengan bercinta. Kalau kau tak buat benda haram, orang lain akan buat kan? So better kita haramkan supaya tak ada orang pun yang akan buat."

Point untuk soalan di atas adalah betul. Tapi tak semuanya. Aku kasi contoh. Penggunaan Facebook dan Blog ni haram tak? Tak kan? Tapi ada je orang yang buat blog lucah serta Facebook lucah. Adakah itu menjadikannya haram secara keseluruhan? Look at Ulama Indonesia. Dieorang kumpulkan para ulama sebab nak bincangkan pasal keharaman Facebook. Katanya, di Facebook, ramai perempuan tertipu dengan lelaki dan ramai yang di culik serta di rogol berpunca dengan penggunaan Facebook. So, sebab itu lah diaorang nak keluarkan fatwa haramkan Facebook.


Begitu juga dengan cinta. Cinta tak haram. Yang haramnya adalah bila kita buat benda-benda yang tak senonoh ketika bercinta. Pegang sana, pegang sini. Maka, haram lah. Tapi kalau kita gunakan cinta tu sebagai medium mencari bakal ibu kepada anak kita, then apa masalahnya?

Well, korang mungkin akan berkata:

"Bercinta sebelum kahwin bukan sunnah Nabi."

Sunnah nabi kalau dibuat adalah sunat. Maksudnya kalau kau buat, kau dapat pahala. Kalau tak buat tak apa. Contohnya pakai celak dan pakai serban. Kalau kita tak pakai celak or pakai serban, adakah ianya berdosa?  
"Bercinta sebelum kahwin adalah style orang barat dan kafir."

Style orang barat tak menjadikannya haram. Banyak style orang barat dan kafir kita tiru. Pakai seluar dalam berbentuk segi tiga, makan guna garfu, berak secara duduk, membaca dari kiri ke kanan, menulis rumi dan sebagainya. Itu adalah style dan cara barat serta orang kafir. Adakah ianya berdosa? As long tidak bertentangan dengan Islam, then ianya tidak berdosa.

Korang mungkin akan kata lagi
"Alaaaa, walau kau jaga batas sekali pun, kau tetap akan rindu kat si dia kan? Kalau rindu kat someone tu, mesti terfikir nak buat seks kan? Tu dah jadi Zina hati sebab kau teringin nak buat seks." 

Cuba korang fikir balik. Ya, bayang kan. Kau rindu kat some seperti. "Alaaaa rindunya kat diaaaaa" And then what? Korang terus terbayang pasal seks? What the hell is that? Come on. You all gila sex or something? Seriously come on. Ada kena mengena ke rindu dengan seks? Rindu adalah perasaan yang tak boleh diungkai dan tak boleh dibuang macam tu je. Apa korang ingat nak hilangkan rindu kena buat seks?



Andaikata satu pasangan tu dah bertunang, then dia rindukan tunang dia. Adakah dia akan terus fikir pasal seks? So, dia kena buat seks dengan tunnag baru rindu tu hilang? See. Korang nampak tak betapa tak berkaitnya rindu dengan seks di sini?

Question tentang zina hati. 


"Zina ada banyak jenis. Walaupun kau tak fikir pasal seks dan ianya tak berkaitan dengan seks, rindu tetap ada kan? Rindu tu haram sebab ianya Zina hati"


Well, kalau korang malas sangat nak pergi ke perpustakaan or mana-mana kedai untuk baca buku agama, korang bukak Google Book untuk baca buku-buku agama kat situ. Free je. Or, kalau korang malas teramat sangat, at least google lah sikit.