Tuesday, August 31, 2010

merdeka kah kita???



merdeka.....merdeka........merdeka.......

tulah laungan yang paling gembira pernah ilaungkan di stadium bukit jalil tapi, pernahkah kita terpikir masih wujudkah kemerdekaan dalam diri kita??? memg,kita telah merdeka dari penjajahan fizikal tapi renungkan lah tentang kemerdekaan jiwa dan minda......

masyarakat sekarang kurang mmenghayati erti kemrdekaan yang dikecapi sebab mereka dilimpahi dengan kekayaan yang palsu dan kesenangan hidup yang sementara...perlu kita ingat,kita bebas dari segi fizikal namun tidak mental....

rakyat malaysia..(khususny remaja)...masih berada di minda taraf pertengahn n telah mengikut budaya kuning asing....mereka dipengaruhi dengan budaya yang merosakkan bangsa dan agama mereka...inikah kemerdekaan????


p/s:renumg2kanlah....walaupun tak panjang tapi aku ase ni lah yang terbaik aku dapat ulaskan tentang isu ni....hrmmmmmm



Monday, August 30, 2010

derhaka...

seperti yang tersurat,aku ingin nyatakan yang tersirat...k r.sebenarnya tak der pe sangat.juz ckit luahan hati terhadap kesombongan junior2 ku yang teramat sombong....pliz r,kita hidup dalam komuniti,so jangan r nak berlagak sombang...takkan sebab korang lagi hebat dari aku,korang nak berlagak sombong...k,aku mengaku yg aku dapat kos ni atas dasar kos bru n not fully aku punya pilihan,but pliz....respect me as a senior for this course...

aku bukannya mintak korang wat benda yang mengarut,aku hanya nak merasa cam ne direspect sebagai senior....aku tak pernah direspect sebagai senior dulu(time skola), sebab aku dianggap sebagai kawan...tu sebab ikatan kitorg dulu lagi bagus dari ikatan yang ada sekarang....klu takleh respect sekalipun,pliz tolong jangan sombong sangat dengan kitorang...kitorang taw kita tak pernah bergaul rapat tapi sume tu takkan terjadi kalau korang tak beri kerjasama....

korang memnag junbior yang derhaka kerana korang tak pernah nak respct not only me but my beloved classmate tu....jangan sampai aku wat protest n boikot korang...jangan fikir aku takut dengan korang,ingat,walaupun kita maybe tak jauh beza umur tapi aku dah lalui banyak pengalaman n aku noleh wat ape je aku suka....


p/s:kepada sesiapa yang dirinya junior n baca post ni, harap korang mengerti untuk menghormati orang lain....kita kena hormat orang untuk di hormati....kita xleh nak suruh orang memahami kita tanpa kita saling memahami diri masing2 n sama2 memahami







Thursday, August 26, 2010

grenade!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Mungkin tak seperti negeri lain, di kelantan, mercun dan bunga api masih dapat dilihat di pasar-pasar malam atau bazaar ramadhan.


Jadi ada la makhluk-makhluk Tuhan yang tak sedar diri pegi beli. pastu baling mercun tu buat bunyi bising yang menggelikan hati aku...bayangkan r,diorg baling mercun dah tu melalk tak tentu pasal....giler jugak budak2 ni...ingtkan taraf u xder r sampai camni....hahhahahh



fikir puny fikr,memnag budak universiti gler....macam2 karenah diorang....aku ase r kan,budak sekolah menemgah pc tu lagi matured dari diorang ni...aduhai...ape nak jadi r dengan budak2 zaman sekarang ni kan...maybe zaman terlaliu cepat moden kot..diorang masih lagi terperengkap dengan sifat ketololan kebudak2kan....hahahah


harap2 r,dak2 yang men mercun tu kan dapat manfaat r dari perbuatan dorang....kan elok camtu,kecij2 tak nak mampos,besar2 nyusah akn orang....kadang aku hepi dengar ornag maen mercun n putus tangan....indahnya hidup ni....



tension + bengang

ok,tu tajuk yang dapat aku pikirkan time ni....aku ase tajuknya pun dah menyatakan segala isi kandungan nya ko...cuma mybe detailnya korang r ckit

tension....
well everybody have their own tension day and today is my tension day...
first,in da morning i have quiz...yeah that or sure n i really cannot do that test....so hard and very complicated...
ok,that not the problem at all coz i always like that...cannot do the test..that i realize...the tension part is that 2 hour from the quiz,i got mid term test...that was my starting point of tension...the test should be at wednesday but must be postpone due to certain problem...i ok with that but what make me angry and very tension is that "someone" want to postpone it today...did ......realize we are having test????why she cannot make it another day like next week????n u know what the answer is???
"hey,i balik kampung hari khamis r..."
what the hell????aku yang orang nak sambut raya pun takder r seawal dia balik...dia ni dah gler ke aper?




bengang.....
another story k.....no more tension but this time is bengang lak..
cerita ny bermula bila aku try nak wat satu spekulasi or something like that r....tp,ada stu girl ni r,aku trus trang r senang kan,dia marah akt aku...diia cakap,"u kan yang ketak benda tu dalam tempat tu kan????baik u remove or delete  leh tak???"well, as i do not want to fight, i ikut je r.....tapi yang menjadi kebengangan nya disini ialah,dia tak merasai ape yang aku ase...senang2 jer dia kata aku ni kera sumbang n tak mesra rakyat...hey,tolong r,aku ni pun ada perasaan gak...ko ingat aku ni tinggul senang jer ko nak main2kan aku...aku ni [pun kadang2 nak respect jugak skit...i know r my own self is not better than ur but at least give me some respect...u all think that i is not worthy to get the respect from u all???fine,then dont ask me to do anything anymore..!!!!!




p/s: sori...hari ini aku tak dapat nak kongsi ape2 teladan..just dapat kongsi sejarah tak menggembirakan....anyway,nanti aku akn kongsi something yang berguna..harap korang bersabar...uhuhuhuhuhh



Monday, August 23, 2010

kenangan lalu...

bulan2 cam ni r kita nak imbau kenangan lalu kan????sangat r indah...mungkin sebaba selalu layan lagu yang ada kaitan dengan kisah silam kot...ahhahahah.....pagi ni aku bosan sangat,macam nak pecah kepala tahap kebosanan nya....tup2....aku baca buku....wah,ape dah jadi dengan aku ni???dah buang tebiat ke aper baca buku pagi2????then kawanku pun bangun,dengan muka slumbernya dia cakap kat aku, "wei,budak nerd jer baca buku lepas bangung."...adakah aku ni tergolong dalm budak nerd????

ni salah stu cter nak gtaw hari i...tak banyak dapat nak tulis hari ni....sumenya sebab kenangan lalu yang datang timpa aku...ntah camne r nak fokuskan diri aku...mungkin aku patut adapt dengan persekitaran kot...ntah r...makin lama makin mudah teringat kenangan lalu..alahai...ape nak jadi r cam ni...

cacat

Tempayan Yang Retak

Seorang tukang air memiliki dua tempayan besar, masing-masing bergantung pada kedua hujung sebuah pikulan, yang dibawa menyilang pada bahunya.

Satu dari tempayan itu retak, sedangkan tempayan yang satunya lagi tidak. Jika tempayan yang tidak retak itu selalu dapat membawa air penuh setelah perjalanan panjang dari mata air ke rumah majikannya, tempayan itu hanya dapat membawa air setengah penuh.

Selama dua tahun, hal ini terjadi setiap hari. Si tukang air hanya dapat membawa satu setengah tempayan air ke rumah majikannya. Tentu saja si tempayan yang tidak retak merasa bangga akan prestasinya, kerana dapat menunaikan tugasnya dengan sempurna. Namun si tempayan retak yang malang itu merasa malu sekali akan ketidak sempurnaannya dan merasa sedih sebab ia hanya dapat memberikan setengah dari jumlah yang seharusnya dapat diberikannnya. 

Setelah dua tahun tertekan oleh kegagalan pahit ini, tempayan retak itu berkata kepada si tukang air, "Saya sungguh malu pada diri saya sendiri, dan saya ingin mohon maaf kepadamu."

"Kenapa?" tanya si tukang air, "Kenapa kamu merasa malu?"

"Saya hanya mampu, selama dua tahun ini, membawa setengah jumlah air dari yang seharusnya dapat saya bawa kerana adanya retakan pada sisi saya telah membuat air yang saya bawa bocor sepanjang jalan menuju rumah majikan kita. Kerana cacatku itu, saya telah membuatmu rugi." kata tempayan itu.

Si tukang air merasa kasihan pada si tempayan retak, dan dalam belas kasihannya, ia berkata, "Jika kita kembali ke rumah majikan besok, aku ingin kamu memerhatikan bunga-bunga indah di sepanjang jalan."

Benar, ketika mereka naik ke bukit, si tempayan retak memerhatikan dan baru menyedari bahawa ada bunga-bunga indah di sepanjang sisi jalan, dan itu membuatnya sedikit terhibur. Namun pada akhir perjalanan, ia kembali sedih kerana separuh air yang dibawanya telah bocor, dan kembali tempayan retak itu meminta maaf pada si tukang air atas kegagalannya.

Si tukang air berkata kepada tempayan itu, "Apakah kamu memerhatikan adanya bunga-bunga di sepanjang jalan si sisimu tapi tidak ada bunga di sepanjang jalan di sisi tempayan yang lain yang tidak retak itu. Itu kerana aku selalu menyedari akan cacatmu dan aku memanfaatkannya. Aku telah menanam benih-benih bunga di sepanjang jalan di sisimu, dan setiap hari jika kita
berjalan pulang dari mata air, kamu mengairi benih-benih itu. Selama dua tahun ini aku telah dapat memetik bunga-bunga indah itu untuk menghias meja majikan kita. Tanpa kamu sebagaimana kamu ada, majikan kita tak akan dapat menghias rumahnya seindah sekarang."

Moral:
Setiap dari kita memiliki cacat dan kekurangan kita sendiri. Kita semua adalah tempayan retak. Namun jika kita mahu, Tuhan akan menggunakan kekurangan kita untuk menghias-Nya. Di mata Tuhan yang bijaksana, tak ada yang terbuang percuma. Jangan takut akan kekurangan kita. Kenalilah kelemahan kita. Ketahuilah, di dalam kelemahan kita, kita menemui kekuatan kita. 




Sunday, August 22, 2010

kasih ibu...

dalm menghadapi hari yang menyedihkan hari ini,aku terkenang kan ibuku...lantas aku menelefon nya...hati berasa lega dapat dengar suaranya dan ahli family yang lain...walaupun umh ku dekat namun aku jarang pulang umah atas sebab kekangan masa...sedang melyani hati yang sedang lara ni, member aku bagi satu cerita...hayatilah...



Nilai Kasih Ibu
Ini adalah mengenai Nilai kasih Ibu

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu.

Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.

Kos upah membantu ibu:

Tolong pergi kedai $4.00

Tolong jaga adik $4.00

Tolong buang sampah $1.00

Tolong kemas bilik $2.00

Tolong siram bunga $3.00

Tolong sapu sampah $3.00

Jumlah : $17.00


Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA

Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA

Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA

Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA

Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu - PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA


Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,"Saya Sayangkan Ibu".

Kemudian si anak mengambil pen dan menulis 'Telah Dibayar' pada mukasurat yang ditulisnya.

mengertilah bahawa ibu kita sentiasa menyayangi kita

akhirny......alhamdulillah

dah lama giler aku tak update blog ni....ase cam dah sebulan...alhamdulillah aku masih ada kesempatan untuk update blog ni
ni sumeny sebab kelembapan yg berlaku kebelakngan ni...aku ase cam nak marah jer namun hati tetap berkata,macam ni r klu hidup macam org tak mampu...diri ni perlu sedar taraf yang kita ada sekarang ni...dalam lebih kurang 2 minggu ni,banyak masalah n duka2 yang melanda tapi alhamdulillah tiap2 duka ni tak melarat dan menyebabakan orang disekeliling terluka...

dalam masa yang terdapat sekarang ni, nak wat macam2 perubahan r..dah lama tak try berubah...mungkin dah tiba masany kot????ntah r...ada gak aku melayari blog teman2 ku (teman2 matrik n teman2 uni),dalam tu macam2 diorang tulis...ada yang sampai tergelak,ada yang sampai meyedarkan diri tapi aku ni tak mampu tuk menandingi penuliisan diorang...ape yang aku mampu tulis hanyalah rase yang kuar di hati...mugkin inilah yang dikatakan luahan hati....

dalam kesunyian malam yang melanda hati, kadang2 aku terpikir nape aku ni tak cam orang lain??then member aku bagi jawapan yang tepat sekali

"klu sume orang sama,kita takkan bahagia walau untuk sesaat.kebahagian bukan sahaj gelak ketawa tapi juga penderitaan.melalui penderitaan,kita dapat belajar erti sabar dan keredhaan hati..tanpa kita sedari,kita makin mencari penderitaan disebalik gelak ketawa"

disebalik jawapan yang dia bagi,aku pun terpikir,kadang2 Allh bagi dugaan kepada hamba-Nya agar mereka ssemakin tabah menghadapi hidup ini..kebanyakkan mereka sentiasa belajar dari pengalaman dan aku tidak tergolong dalam kelompok tersebut..mungkin dah tiba masanya aku mencari erti aku berada di dunia ini...

Tuesday, August 17, 2010

pantun kecewa

Pisau raut hilang di rimba
    Pakaian anak raja di Juddah
Karam di laut boleh ditimba
    Karam di hati bilakah sudah?
Buah berangan masaknya merah
    Kelekati dalam perahu
Luka di tangan nampak berdarah
    Luka di hati siapa tahu?
Banyaklah orang menanam pulut
   Saya seorang menanam padi
Banyaklah orang karam di laut
   Saya seorang karam di hati
Anak punai anak merbah
    Hinggap ditonggak mencari sarang
Anak sungai lagikan berubah
    Inikan pula hati orang
Apa diharap padi seberang
    Entahkan jadi entahkan tidak
Apa diharap kasihnya orang
    Entahkan jadi entahkan tidak
Entahkan jadi entahkan tidak
    Entah dimakan pipit melayang
Entahkan jadi entahkan tidak
    Entah sudahkan milik orang
Cahaya bulan diliput awan
    Dipuput bayu awan berlalu
Hasrat hatiku padamu tuan
    Malang diriku tuan tak tahu
Dari Arab turun ke Aceh
    Naik ke Jawa berkebun serai
Apa diharap pada yang kasih
    Badan dan nyawa lagi bercerai
Selasih di Teluk Dalam  
   Datang kapas Lubuk Tempurung
Saya umpama si burung balam
   Mata terlepas badan terkurung
Chau Pandan, anak Bubunnya
    Hendak menyerang kota Melaka
Ada cincin berisi bunga
    Bunga berladung si air mata
Anak buaya terenang-renang
    Anak kunci dalam perahu
Hanya saya terkenang-kenang
    Orang benci saya tak tahu
Masuk hutan berburu musang  
     Musang mati dijerat orang
Macam mana hati tak bimbang  
    Ayam di sangkar disambar helang
Sakit menebang kayu berlubang
    Kayu hidup dimakan api
Sakit menumpang kasih orang
    Daripada hidup baiklah mati
Asal kapas menjadi benang
    Dari benang dibuat kain
Barang lepas usah dikenang
    Sudah menjadi hak yang lain
Apa guna pasang pelita
    Jika tidak dengan sumbunya
Apa guna bermain mata
    Kalau tidak dengan sungguhnya
Biji saga nampaklah merah
    Bawa segenggam pergi ke kota
Hati kecewa amatlah parah
    Tidur bertilam si air mata
Dari Jawa ke Bengkahulu
    Membeli keris di Inderagiri
Kawan ketawa ramai selalu
    Kawan menangis seorang diri
Kusangka nanas di tengah padang
    Rupanya pandan yang berduri
Kusangka panas hingga ke petang
    Rupanya hujan di tengah hari
Akar nibung meresap-resap
    Akar mati dalam perahu
Terbakar kampung nampak berasap
    Terbakar hati siapa yang tahu
Orang Aceh sedang sembahyang  
   Hari Jumaat tengah hari
Pergilah kasih pergilah sayang  
Pandai-pandailah menjaga diri
Seri Mersing lagulah lama
    Lagu dikarang biduan dahulu
Hatiku runsing gundah gulana
    Dimana tempat hendak mengadu?
Sri Mersing lagulah melayu
    Dikaranglah oleh biduan dahulu
Hatiku runsing bertambah pilu
    Mengenangkan nasib yatim piatu
Apa diharap kepada tudung
    Tudung saji terendak Bentan
Apa diharap kepada untung
    Untung nasib permintaan badan
Penatlah saya menanam padi
    Nenas juga ditanam orang
Penatlah saya menanam budi
    Emas juga dipandang orang
Sirih kuning di batang pauh
    Sayang beluluk beruang-ruang
Putih kuning carilah jodoh
    Saya buruk biar terbuang
Padi jangan dicampur antah
    Melukut tinggal sekam melayang
Hatiku jangan diberi patah
    Meskipun saya dagang terbuang
Kayu cendana di atas batu
    Sudah diikat dibawa pulang
Adat di dunia memang begitu
    Benda buruk tidak dipandang
Payang retak tali bersimpul
    Kendi lokan airnya tumpah
Hidup tidak kerana kaul
    Mati bukan kerana sumpah
Anak ayam turun satu    
     Mati seekor habis hilang
Tiada untung modal tak tentu  
    Perahu tersadai di atas galang
Pukul gendang tiup nafiri
    Anak Keling mandi minyak
Saya umpama rumput di bumi
    Rendah sekali pada yang banyak
Orang Jawa pulang ke Jawa  
    Membawa pulang tiang bersambung
Badan terletak putuslah nyawa  
    Nyawa tidak dapat dihubung
Sarawak sungainya sempit
    Buah nenas lambung-lambungan
Hendak kubawa perahunya sempit
    Tinggal emas tinggal junjungan
Pecah belah batu di gunung
    Seri dewa berjalan malam
Ya Allah, tidak tertanggung
    Rasa tidak dikandung alam

Tidak salah bunga lembayung
    Salahnya pandan menderita
Tidak salah ibu mengandung
    Salahnya badan buruk pinta
Kalau begini tarah papan
    Ke barat juga kan condongnya
Kalau begini untung badan
    Melarat juga kesudahannya
Hujan turun badan pun basah
    Patah galah haluan perahu
Niat dihati tak mahu berpisah
    Kehendak Allah siapa yang tahu?
Nyiur muda luruh setandan
    Diambil sebiji lalu dibelah
Sudah nasib permintaan badan
    Kita dibawah kehendak Allah
Tuan puteri tersadung batu
    Ambil ubat di atas para
Alangkah sedih cinta tak restu
    Jiwa merana hati sengsara

Saturday, August 14, 2010

cinta ini.....

PERPISAHAN
Ketika tiba saat perpisahan janganlah kalian berduka, sebab apa yang paling
kalian kasihi darinya mungkin akan nampak lebih nyata dari kejauhan - seperti
gunung yang nampak lebih agung terlihat dari padang dan dataran.
KATA TERINDAH
Kata yang paling indah di bibir umat manusia adalah kata ‘Ibu’, dan panggilan
paling indah adalah ‘Ibuku’. Ini adalah kata penuh harapan dan cinta, kata manis
dan baik yang keluar dari kedalaman hati.
SAHABAT SEJATI
Tidak ada sahabat sejati yang ada hanya kepentingan.
PERSAHABATAN
Persahabatan itu adalah tanggungjawaban yang manis, bukannya peluang.
SULUH HIDUP
Tuhan telah memasang suluh dalam hati kita yang menyinarkan pengetahuan dan
keindahan;berdosalah mereka yang mematikan suluh itu dan menguburkannya ke dalam
abu.
PENYAIR
Penyair adalah orang yang tidak bahagia, kerana betapa pun tinggi jiwa mereka,
mereka tetap diselubungi airmata.
Penyair adalah adunan kegembiraan dan kepedihan dan ketakjuban, dengan sedikit
kamus.
Penyair adalah raja yang tak bertakhta, yang duduk di dalam abu istananya dan
cuba membangun khayalan daripada abu itu.
Penyair adalah burung yang membawa keajaiban. Dia lari dari kerajaan syurga lalu
tiba di dunia ini untuk berkicau semerdu-merdunya dengan suara bergetar. Bila
kita tidak memahaminya dengan cinta di hati, dia akan kembali mengepakkan
sayapnya lalu terbang kembali ke negeri asalnya.
SUARA KEHIDUPANKU
Suara kehidupanku memang tak akan mampu menjangkau telinga kehidupanmu; tapi
marilah kita cuba saling bicara barangkali kita dapat mengusir kesepian dan
tidak merasa jemu.
KEINDAHAN KEHIDUPAN
Keindahan adalah kehidupan itu sendiri saat ia membuka tabir penutup wajahnya.
Dan kalian  adalah kehidupannya itu, kalianlah cadar itu. Keindahan adalah
keabadian yag termangu di depan cermin. Dan kalian; adalah keabadian itu,
kalianlah cermin itu.
RUMAH
Rumahmu tak akan menjadi sebuah sangkar, melainkan tiang utama sebuah kapal
layar.
PUISI
Puisi bukanlah pendapat yang dinyatakan. Ia adalah lagu yang muncul daripada
luka yang berdarah atau mulut yang tersenyum.
NILAI
Nilai dari seseorang itu di tentukan dari keberaniannya memikul tanggungjawab,
mencintai hidup dan pekerjaannya.
PENDERITAAN
Penderitaan yang menyakitkan adalah koyaknya kulit pembungkus kesedaran- seperti
pecahnya kulit buah supaya intinya terbuka merekah bagi sinar matahari yang
tercurah.
Kalian memiliki takdir kepastian untuk merasakan penderitaan dan kepedihan. Jika
hati kalian masih tergetar oleh rasa takjub menyaksikan keajaiban yang terjadi
dalam kehidupan, maka pedihnya penderitaan tidak kalah menakjubkan daripada
kesenangan.
Banyak di antara yang kalian menderita adalah pilihan kalian sendiri - ubat
pahit kehidupan agar manusia sembuh dari luka hati dan penyakit jiwa. Percayalah
tabib kehidupan dan teguk habis ramuan pahit itu dengan cekal dan tanpa bicara.
SAHABAT
Sahabat adalah keperluan jiwa yang mesti dipenuhi.
Dialah ladang hati, yang kau taburi dengan kasih dan kau subur dengan penuh rasa
terima kasih.
Dan dia pulalah naungan dan pendianganmu. Kerana kau menghampirinya saat hati
lupa dan mencarinya saat jiwa memerlukan kedamaian.
SIKAP MANUSIA
Jauhkan aku dari manusia yang tidak mahu menyatakan kebenaran kecuali jika ia
berniat menyakiti hati, dan dari manusia yang bersikap baik tapi berniat buruk,
dan dari manusia yang mendapatkan penghargaan dengan jalan memperlihatkan
kesalahan orang lain.
DUA HATI
Orang yang berjiwa besar memiliki dua hati; satu hati menangis dan yang satu
lagi bersabar.
HUTANG KEHIDUPAN
Periksalah buku kenanganmu semalam, dan engkau akan tahu bahwa engkau masih
berhutang kepada manusia dan kehidupan.
INSPIRASI
Inspirasi akan selalu bernyanyi; kerana inspirasi tidak pernah menjelaskan.
POHON
Pohon adalah syair yang ditulis bumi pada langit. Kita tebang pohon itu dan
menjadikannya kertas, dan di atasnya kita tulis kehampaan kita.
FALSAFAH HIDUP
Hidup adalah kegelapan jika tanpa hasrat dan keinginan. Dan semua hasrat
-keinginan adalah buta, jika tidak disertai pengetahuan . Dan pengetahuan adalah
hampa jika tidak diikuti pelajaran. Dan setiap pelajaran akan sia-sia jika tidak
disertai cinta
KERJA
Bekerja dengan rasa cinta, bererti menyatukan diri dengan diri kalian
sendiri,dengan diri orang lain dan kepada Tuhan.
Tapi bagaimanakah bekerja dengan rasa cinta itu ? Bagaikan menenun kain dengan
benang yang ditarik dari jantungmu, seolah-olah kekasihmu yang akan memakainya
kelak.
LAGU GEMBIRA
Alangkah mulianya hati yang sedih tetapi dapat menyanyikan lagu kegembiraan
bersama hati-hati yang gembira.
KEBEBASAN
Ada orang mengatakan padaku, “Jika engkau melihat ada hamba tertidur, jangan
dibangunkan, barangkali ia sedang bermimpi akan kebebasan.”
Kujawab,”Jika engkau melihat ada hamba tertidur, bangunkan dia dan ajaklah
berbicara tentang kebebasan.”
ORANG TERPUJI
Sungguh terpuji orang yang malu bila menerima pujian, dan tetap diam bila
tertimpa fitnah.
BERJALAN SEIRINGAN
Aku akan berjalan bersama mereka yang berjalan. Kerana aku tidak akan berdiri
diam sebagai penonton yang menyaksikan perarakan berlalu.
DOA
Doa adalah lagu hati yang membimbing ke arah singgahsana Tuhan meskipun
ditingkah oleh suara ribuan orang yang sedang meratap.
PENYIKSAAN
Penyiksaan tidak membuat manusia tak bersalah jadi menderita: penindasan pun tak
dapat menghancurkan manusia yang berada di pihak Kebenaran: Socrates tersenyum
ketika disuruh minum racun, dan Stephen tersenyum ketika dihujani dengan
lemparan batu. Yang benar-benar menyakitkan hati ialah kesedaran kita yang
menentang penyiksaan dan penindasan itu, dan terasa pedih bila kita
mengkhianatinya.
KATA-KATA
Kata-kata tidak mengenal waktu. Kamu harus mengucapkannya atau menuliskannya
dengan menyedari akan keabadiannya.
BICARA WANITA
Bila dua orang wanita berbicara, mereka tidak mengatakan apa-apa; tetapi jika
seorang saja yang berbicara, dia akan membuka semua tabir kehidupannya.
KESEDARAN
Aku tidak mengetahui kebenaran mutlak. Tetapi aku menyedari kebodohanku itu, dan
di situlah terletak kehormatan dan pahalaku.
ILMU DAN AGAMA
Ilmu dan agama itu selalu sepakat, tetapi ilmu dan iman selalu bertengkar.
NILAI BURUK
Alangkah buruknya nilai kasih sayang yang meletakkan batu di satu sisi bangunan
dan menghancurkan dinding di sisi lainnya.
MENUAI CINTA
Manusia tidak dapat menuai cinta sampai dia merasakan perpisahan yang
menyedihkan, dan yang mampu membuka fikirannya, merasakan kesabaran yang pahit
dan kesulitan yang menyedihkan.
KEHIDUPAN
Sebab kehidupan tidak berjalan mundur, pun tidak tenggelam dimasa lampau.
KERJA
Kerja adalah wujud nyata cinta. Bila kita tidak dapat bekerja dengan kecintaan,
tapi hanya dengan kebencian, lebih baik tinggalkan pekerjaan itu. Lalu, duduklah
di gerbang rumah ibadat dan terimalah derma dari mereka yang bekerja dengan
penuh suka cita.
SELAMATKAN AKU
Selamatkan aku dari dia yang tidak mengatakan kebenaran kecuali kalau kebenaran
itu menyakiti; dan dari orang yang berperilaku baik tetapi berniat buruk; dan
dari dia yang memperoleh nilai dirinya dengan mencela orang lain.
CINTA
Salahlah bagi orang yang mengira bahwa cinta itu datang kerana pergaulan yang
lama dan rayuan yang terus menerus.
Cinta adalah tunas pesona jiwa, dan jika tunas ini tak tercipta dalam sesaat, ia
takkan tercipta bertahun-tahun atau bahkan abad.
CINTA
Ketika cinta memanggilmu maka dekatilah dia walau jalannya terjal berliku, jika
cinta memelukmu maka dakaplah ia walau pedang di sela-sela sayapnya melukaimu.
CINTA
Cinta tidak menyedari kedalamannya dan terasa pada saat perpisahan pun tiba. Dan
saat tangan laki-laki menyentuh tangan seorang perempuan mereka berdua telah
menyentuh hati keabadian.
CINTA
Cinta adalah satu-satunya kebebasan di dunia kerana cinta itu membangkitkan
semangat- hukum-hukum kemanusiaan dan gejala alami pun tak mampu mengubah
perjalanannya.
CINTA
Jika cinta tidak dapat mengembalikan engkau kepadaku dalam kehidupan ini,
pastilah cinta akan menyatukan kita dalam kehidupan yang akan datang
ATAS NAMA CINTA
Jangan kau kira cinta datang dari keakraban yang lama dan pendekatan yang tekun.
Cinta adalah kesesuaian jiwa dan jika itu tak pernah ada, cinta tak akan pernah
tercipta dalam hitungan tahun bahkan abad.
CINTA YANG BERLALU
Cinta berlalu di depan kita, terbalut dalam kerendahan hati; tetapi kita lari
daripadanya dalam ketakutan, atau bersembunyi di dalam kegelapan; atau yang lain
mengejarnya, untuk berbuat jahat atas namanya.
CINTA LELAKI
Setiap lelaki mencintai dua orang perempuan, yang pertama adalah imaginasinya
dan yang kedua adalah yang belum dilahirkan.
TAKDIR CINTA
Aku mencintaimu kekasihku, sebelum kita berdekatan, sejak pertama kulihat
engkau.
Aku tahu ini adalah takdir. Kita akan selalu bersama dan tidak akan ada yang
memisahkan kita.
CINTA PERTAMA
Setiap orang muda pasti teringat cinta pertamanya dan mencuba menangkap kembali
hari-hari asing itu, yang kenangannya mengubah perasaan direlung hatinya dan
membuatnya begitu bahagia di sebalik, kepahitan yang penuh misteri.
LAFAZ CINTA
Aku ingin mencintaimu dengan sederhana… seperti kata yang tak sempat diucapkan
kayu kepada api yang menjadikannya abu… Aku ingin mencintaimu dengan sederhana…
seperti isyarat yang tak sempat dikirimkan awan kepada hujan yang menjadikannya
tiada.
LAFAZ CINTA
Jangan menangis, Kekasihku… Janganlah menangis dan berbahagialah, kerana kita
diikat bersama dalam cinta. Hanya dengan cinta yang indah… kita dapat bertahan
terhadap derita kemiskinan, pahitnya kesedihan, dan duka perpisahan.
KALIMAH CINTA
Apa yang telah kucintai laksana seorang anak yang tak henti-hentinya aku
mencintai… Dan, apa yang kucintai kini… akan kucintai sampai akhir hidupku,
kerana cinta ialah semua yang dapat kucapai… dan tak ada yang akan mencabut
diriku dari padanya
CINTA DAN AIRMATA
Cinta yang dibasuh oleh airmata akan tetap murni dan indah sentiasa.
WANITA
Seorang wanita telah dilengkapi oleh Tuhan dengan keindahan jiwa dan raga adalah
suatu kebenaran, yang sekaligus nyata dan maya, yang hanya bisa kita fahami
dengan cinta kasih, dan hanya bisa kita sentuh dengan kebajikan.
BANGSA
Manusia terbahagi dalam bangsa, negara dan segala perbatasan. Tanah airku adalah
alam semesta. Aku warganegara dunia kemanusiaan.
KESENANGAN
Kesenangan adalah kesedihan yang terbuka bekasnya. Tawa dan airmata datang dari
sumber yang sama.
Semakin dalam kesedihan menggoreskan luka ke dalam jiwa semakin mampu sang jiwa
menampung kebahagiaan;
WARISAN
Manusia yang memperoleh kekayaannya oleh kerana warisan, membangun istananya
dengan yang orang-orang miskin yang lemah.
RESAH HATI
Jika manusia kehilangan sahabatnya, dia akan melihat sekitarnya dan akan melihat
sahabat-sahabatnya datang dan menghiburkannya. Akan tetapi apabila hati manusia
kehilangan kedamaiannya, dimanakah dia akan menemukannya, bagaimanakah dia akan
bisa
memperolehinya kembali?
JIWA
Tubuh mempunyai keinginan yang tidak kita ketahui. Mereka dipisahkan kerana
alasan duniawi dan dipisahkan di hujung bumi. Namun jiwa tetap ada di tangan
cinta… terus hidup… sampai kematian datang dan menyeret mereka kepada Tuhan.
LUAHAN
Setitiss airmata menyatukanku dengan mereka yang patah hati; seulas senyum
menjadi sebuah tanda kebahagiaanku dalam kewujudan… Aku merasa lebih baik jika
aku mati dalam hasrat dan kerinduan…dari aku hidup menjemukan dan putus asa.
LAGU KEINDAHAN
Jika kamu menyanyikan lagu tentang keindahan, walau sendirian di puncak gurun,
kamu akan didengari.
DIRI
Dirimu terdiri dari dua; satu membayangkan ia mengetahui dirinya dan yang satu
lagi membayangkan bahawa orang lain mengetahui ia.
TEMAN MENANGIS
Kamu mungkin akan melupakan orang yang tertawa denganmu, tetapi tidak mungkin
melupakan orang yang pernah menangis denganmu.
PEMAHAMAN DIRI
Orang-orang berkata, jika ada yang dapat memahami dirinya sendiri, ia akan dapat
memahami semua orang. Tapi aku berkata, jika ada yang mencintai orang lain, ia
dapat mempelajari sesuatu tentang dirinya sendiri.
HATI LELAKI
Ramai wanita yang meminjam hati laki-laki; tapi sangat sedikit yang mampu
memilikinya.
PENULIS
Kebanyakan penulis menampal fikiran-fikiran mereka yang tidak karuan dengan
bahan tampalan daripada kamus.
HARTA BENDA
Harta benda yang tak punya batas, membunuh manusia perlahan dengan kepuasan yang
berbisa. Kasih sayang membangunkannya dan pedih peri nestapa membuka jiwanya.
OBOR HATI
Tuhan telah menyalakan obor dalam hatimu yang memancarkan cahaya pengetahuan dan
keindahan; sungguh berdosa jika kita memadamkannya dan mencampakkannya dalam
abu.
KESEPIAN
Kesepianku lahir ketika orang-orang memuji kelemahan-kelemahanku yang ramah dan
menyalahkan kebajikan-kebajikanku yang pendiam.
KEABADIAN PANTAI
Aku berjalan selalu di pantai ini. Antara pasir dan buih, Air pasang bakal
menghapus jejakku. Dan angin kencang menyembur hilang buih putih. Namun lautan
dan pantai akan tinggal abadi
MEMAHAMI TEMAN
Jika kamu tidak memahami teman kamu dalam semua keadaan, maka kamu tidak akan
pernah memahaminya sampai bila-bila.
MANUSIA SAMA
Jika di dunia ini ada dua orang yang sama, maka dunia tidak akan cukup besar
untuk menampung mereka.
MENCINTAI
Kekuatan untuk mencintai adalah anugerah terbesar yang diberikan Tuhan kepada
manusia, sebab kekuatan itu tidak akan pernah direnggut dari manusia penuh
berkat yang mencinta.
CERMIN DIRI
Ketika aku berdiri bagaikan sebuah cermin jernih di hadapanmu,
kamu memandang ke dalam diriku dan melihat bayanganmu. Kemudian kamu berkata,
Aku cinta kamu.
Tetapi sebenarnya, kamu mencintai dirimu dalam diriku
KEBIJAKSANAAN
Kebijaksanaan tidak lagi merupakan kebijaksanaan apabila ia menjadi terlalu
angkuh untuk menangis, terlalu serius untuk tertawa, dan terlalu egois untuk
melihat yang lain kecuali dirinya sendiri.
KEBENARAN
Diperlukan dua orang untuk menemui kebenaran; satu untuk mengucapkannya dan satu
lagi untuk memahaminya.
NYANYIAN PANTAI
Apakah nyanyian laut berakhir di pantai atau dalam hati-hati mereka yang
mendengarnya?






p/s:fahamilah,teladanilah,renungkanlah dan ingatlah setiap perkataan mempunyai maksud yg mendalam dan setiap kegembiraan dan ketenangan dapat dicapai dalam keadaan positif pemikiran...semoga kita tergolong dalm golongan yg memanfaatkan cahaya kehidupan....

cinta itu

Cinta kepada Allah itu bagaikan api
apapun yang dilewatinya akan terbakar…
Cinta kepada Allah itu bagaikan cahaya
apapun yang dikenainya akan bersinar…
Cinta kepada Allah itu bagaikan langit
apapun yang ada di bawahnya akan ditutupnya…
Cinta kepada Allah itu bagaikan angin
apapun yang ditiupnya akan digerakkannya…
Cinta kepada Allah itu bagaikan air
dengannya Allah menghidupkan segalanya…
Cinta kepada Allah itu bagaikan bumi
dari situ Allah menumbuhkan semuanya…

juz nak start dengan benda baik
dah lama taak update blog ni.....maklum r,pakai wireless je....asyik2 jer lembab...
ingatkan orang jer yg puasa,tak sangka lak wireless pun leh puasa....huhuhhuhuuu.....


p/s:sori r klu banyak mengarut dalam blog ni...maklum r,jarang dapat idea yg bernas tuk menulis dalam blog ni...sekadar sedikit nasihat dan pandangan dapat di jayakan...mungkin kadang2 terasa dengan kata2....hidup memang camtu

Tuesday, August 10, 2010

akhirnya tiba.....

akhirny tiba gak bulan ramadhan yg ditunggu2...ase cam tak caye je aku sempat bmenyambut ramadhan tuk kali ni...lepas banyak dugaan dan keperitan hidup aku lalui...ni ada sedikit info tg leh kongsi ....

Setiap orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan adab yang boleh menyempurnakan ibadah tersebut. Antara yang terpenting adalah:

1. Menjaga lidah daripada berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena-mengena dengannya;

2. Memelihara mata dan telinga daripada melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh syarak dan yang sia-sia;

3. Mengawal perut daripada merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin untuk menghasilkan pemakanan yang halal lagi bersih.

Ulama silam pernah berpesan: “Apabila kamu berpuasa maka perhatikanlah apa yang akan dijadikan makanan berbukamu dan di manakah kamu akan berbuka?” Ia adalah panduan yang terbaik bagi mengawasi diri daripada terjebak dengan unsur-unsur makanan yang tidak halal;

4. Berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan daripada mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia. Dengan demikian ibadah puasanya akan suci dan sempurna. Terdapat ramai yang memenatkan diri dengan berlapar dan berdahaga, membiarkan diri terdorong kepada perlakuan dosa dan noda, kerana itu puasanya rosak binasa dan keletihannya tidaklah berbaloi sebagaimana maksud sabda Rasulullah s.a.w.: Ramai yang berpuasa tidak mendapat ganjaran daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga. (Riwayat an-Nasaei)

Meninggalkan maksiat menjadi kewajipan kepada seluruh orang Islam sama ada mereka sedang berpuasa atau tidak. Apatah lagi bagi yang berpuasa, ia lebih dituntut dan diwajibkan. Sabda Rasulullah, Puasa itu adalah ‘perisai', sekiranya seseorang daripada kalangan kamu sedang berpuasa janganlah dia bercakap kotor, melakukan keburukan dan berbuat bodoh. Jika ada orang lain yang mengejinya atau cuba memeranginya maka hendaklah dia katakan kepada orang itu: “Saya sedang berpuasa.” (Riwayat Bukhari dan Muslim);

5. Jangan membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya, bahkan bersederhanalah pada kedua-duanya bagi menyelami kejerihan lapar dan dahaga. Dengan demikian sanubarinya terkawal, keinginan nafsunya kurang dan hatinya ceria. Itulah rahsia dan intipati puasa yang perlu dicapai;

6. Jauhkan diri daripada mengikut dorongan nafsu ketika berbuka dengan beraneka jenis makanan yang lazat-lazat. Sebaik-baiknya adat makannya sama sahaja pada bulan puasa dan bulan-bulan yang lain. Penggemblengan diri dalam mengurangkan tuntutan jasmani dan keinginan perasaan memberikan kesan yang positif terhadap kecerahan hati nurani yang amat dituntut terutama pada bulan Ramadan.

Mereka yang menjadikan keinginan nafsu perut sebagai tunggangan akal ketika berbuka yang menyalahi kebiasaan pada bulan-bulan lain sebenarnya terpedaya dengan pujukan iblis. Rayuannya bertujuan menghilangkan barakah (berkat) ibadah puasa mereka, nikmat limpahan ketenangan daripada Allah s.w.t., kekhusyukan diri ketika bermunajat dan berzikir kepada-Nya.

Kenyang

Sepatutnya orang yang berpuasa mengurangkan kadar pemakanannya sehingga terserlah kesan puasa itu kepada dirinya. Kekenyangan adalah punca kelalaian, kealpaan, keras hati dan malas untuk taat kepada Allah s.w.t..

Sabdanya: Takungan jelek yang dipenuhkan oleh manusia adalah kantong perutnya, memadailah baginya beberapa suapan yang dapat meneguhkan tulang belakangnya. Jika dia enggan maka berikanlah sepertiga (bahagian perutnya) untuk makanan, sepertiga kedua untuk minuman dan sepertiga terakhir bagi pernafasannya. (Riwayat Ahmad dan at-Tarmizi)

Terdapat ulama yang mengungkapkan kata-kata berikut: “Sekiranya perutmu kenyang anggota-anggota lain akan lapar (akan menurut turutan nafsu) tetapi sekiranya perutmu lapar kesemua anggotamu akan kenyang.”

As-Salaf as-Soleh (mereka yang terdahulu) mengurangkan perkara kebiasaan dan dorongan diri serta memperbanyakkan amal ibadat pada bulan Ramadan secara khusus bahkan itulah adat mereka sepanjang masa;

7. Tidak menyibukkan diri dengan urusan duniawi pada bulan Ramadan, bahkan mengambil kesempatan bagi beribadat kepada Allah dan mengingati-Nya sebaik mungkin. Justeru, dia tidak melakukan perkara duniawi melainkan sekadar keperluan hariannya atau kepada mereka yang berada di bawah tanggungannya. Demikian yang selayaknya dilakukan pada bulan Ramadhan yang mulia ini sama seperti pada hari Jumaat yang sepatutnya dikhususkan bagi amalan akhirat;

8. Mempraktikkan amalan sunah seperti segera berbuka apabila masuk waktunya, berbuka dengan buah tamar (kurma) dan jika ia tiada memadailah dengan segelas air serta melambatkan makan sahur.

Nabi s.a.w. berbuka dahulu sebelum Baginda mengerjakan solat Maghrib. Sabda baginda: Umatku sentiasa berada dalam keadaan baik (berkat) selama mana mereka mempercepatkan berbuka (apabila masuk waktunya) dan melambatkan makan sahur. (Riwayat Bukhari dan Muslim);

9. Menyediakan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa sekalipun dengan beberapa biji tamar atau segelas air. Sabda baginda s.a.w.: Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa baginya ganjaran seumpama pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa). (Riwayat al-Baihaqi dan Ibnu Khuzaimah)

10. Memenuhi malamnya dengan amalan sunat seperti solat terawih, witir dan sebagainya.

Adalah dinasihatkan kepada para imam supaya tidak mempercepatkan solat terawihnya seperti mana amalan kebiasaan di masjid dan surau.

Perbuatan tersebut menjejaskan mutu ibadat solat tersebut kerana meninggalkan ‘wajib-wajib' solat seperti meninggalkan tomakninah semasa rukuk dan sujud, mencacatkan bacaan al-Fatihah sebagaimana sepatutnya lantaran ingin kecepatan dalam mengejar waktu sehingga menyebabkan makmum di belakang tertinggal rukun-rukun penting dalam solatnya. Amalan terawih seperti itu adalah tidak sempurna dan berkurangan pahalanya.

Oleh itu berwaspadalah terhadap cara demikian dengan kembali mengamalkan ibadah solat seperti waktu-waktu lain, menyempurnakan kiam, bacaan al-Fatihah, rukuk, sujud, khusyuk, hadir hati dan semua peradaban solat dan rukunnya.

Bagi makmum pula disyorkan supaya sentiasa bersama imamnya sepanjang solat terawih itu sehinggalah selesai sama ada 20 rakaat ataupun lapan rakaat. Sabda Rasulullah s.a.w., Apabila seseorang menunaikan solat bersama imamnya sehinggalah imam itu (selesai dan) beredar, dikirakan untuknya (makmum) pahala kiam semalaman. (Riwayat an-Nasaei)







akhirnya.....

akhirny tiba gak bulan ramadhan yg ditunggu2...ase cam tak caye je aku sempat bmenyambut ramadhan tuk kali ni...lepas banyak dugaan dan keperitan hidup aku lalui...ni ada sedikit info tg leh kongsi ....


Apa khabar iman ku hari ini..? Adakah aku masih sama dengan semalam atau lebih baik..? Ataupun adakah aku sedikit terleka dengan ujian yang diberi-Nya?
Sama-samalah kita 'topup' iman kita, bukan hanya kredit telefon setiap minggu..

''aku merinduinya''



perghh, pasal ape ek..? macam jiwang je.. yup. aku terlalu merinduinya.. sangatt..

::apakah mungkin akanku bertemu dengannya pada kali ini?::
::apa yang harus aku pakai untuk bertemu dengannya?::
::cukupkah hanya ala kadar atau berhias secantiknya?::



Sudah lama aku tidak bertemu dengannya.. Sangat lama.. Apakah aku sudah melupakannya? Kenapa saat-saat begini, hatiku seringkali mengingatkannya? Mungkin saat untuk bertemu dengannya sudah tidak lama..

Terkadang aku terfikir, apakah yang aku lakukan sepanjang ketiadaannya? Makin terukkah aku? Atau bagaimana? Adakah aku cuma baik tika berada dalam dakapannya..? ahh, aku tidak mahu begitu..

Aku mahu sentiasa baik walaupun masa berlalu pergi.. Aku tidak mahu berpura-pura. Aku tidak mahu gagal.. tapi, betapa susahnya hendak istiqamah dalam melakukan semua itu.. Ujian yang datang membuatkan aku terleka sejenak.


Ya Allah, sampaikanlah aku pada bulan Ramadhan.. andai ini Ramadhan terakhir untukku, semoga ia lebih baik daripada yang sebelumnya..


~amiin!!..~

diari seorg isteri


Aduh...sakitnyer. ..isk.... . aduuh....Bang sakit nye tak tahan saya" keluh Nisa pada suaminya Zakri.

"Apelah awak nie....lama sangat nak bersalin dah berjam-jam dah tak keluar-keluar juga. Penat dah saya tunggu. Nih mesti ader benda yang tak elok awak buat , itu lah sebab lambat keluar budak tu banyak dosa la tu" rungut Zakri pd Nisa.

Nisa hanya diam dan menahan sakit nak beranak, hampir 1 jam Nisa dalam bilik bersalin tapi baby tak keluar juga. Sebak hati Nisa bila Zakri berkata begitu. Sejak mengandung ada sahaja yang tidak kena dihati Zakri terhadapnya. Seakan-akan membenci Nisa dan anak yang dikandungnya. Jururawat datang memeriksa dan kemudian bergegas memanggil Doktor Johari. Doktor Johari (Doktor Peribadi) datang dan bergegas menyediakan keperluan menyambut kelahiran. Nisa hanya mendiamkan diri menahan sakit dan air mata meleleh panas dipipi bukan disebabkan takut atau sakit tapi rungutan Zakri tadi. Doktor Johari menyuruh Nisa meneran ...."Come on Nisa u can do it...once more...." Kata ransang Doktor Johari itu membuatkan Nisa bertenaga dan sekali teran sahaja kepala baby sudah keluar..."Good mummy" kata Doktor Johari selepas menyambut baby yang keluar itu.

Tiba-tiba Nisa terasa sakit lagi dan Nisa meneran untuk kali kedua dan keluar seorang lagi baby, kembar rupanya. "Nisa u got twin, boy and girl, putih macam mummy dia" kata Doktor Johari memuji Nisa. "Tahniah Zakri,it's a twin" Doktor Johari mengucapkan tahniah kepada Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri setelah menyaksikan kelahiran anak pertamanya, kembar pulak. Memang Doktor Johari itu menyuruhnya melihat bagaimana keadaan kelahiran anaknya. Baby boy dan girl Nisa namakan Mohammad Danial dan Nur Dania.Nisa berasa lega... tapi Nisa masih lagi teringat kata-kata Zakri padanya sebentar tadi. Terlalu banyak kata-kata yang membuat Nisa selalu kecil hati . Tapi Nisa tahankan sahaja. Nisa tahu kalau Nisa mengadu pada emak, Nisa akan dimarahi semula. Jadi Nisa hanya diam dan memendam rasa. Danial dan Dania diletakkan di nursery di Hospital itu sementara menanti Nisa berehat kemudian dapatlah Nisa menyusukan Danial dan Dania. Comel sungguh kembar Nisa. Nisa termenung dan otak fikirannya menerbang kembali detik-detik semasa Nisa mengandungkan kandungannya, Zakri selalu memarahi Nisa, ada sahaja yang tidak kena. Kata Nisa yang bukan-bukan, gila, ada sahaja tuduhan yang tidak masuk akal semuanya dihamburkan pada Nisa. Tak sanggup Nisa hadapi semua itu tapi demi kandungannya, Nisa kuatkan semangat dan pendirian Nisa.

Ingat lagi waktu Nisa mula mengandung Zakri tak percaya Nisa mengandung anak dia, dua kali dia membuat pemeriksaan Antenatal samada Nisa mengandung.Zakri ragu anak dalam kandungan Nisa. Dia tak boleh terima baru tiga bulan kahwin dah mengandung.. .Nisa dah 2 bulan...Nisa cuma kosong selama sebulan selepas berkahwin. Nisa tak tau nak cakap apa.

Nisa balik rumah dalam kesedihan. Pada mulanya Nisa gembira bila mengandung tapi sebaliknya pula yg terjadi. Perasaan hati Nisa bangga Nisa dapat memberi zuriat kepada Zakri. Tapi apa yang Nisa dapat hanyalah tuduhan yang tak pernah terlintas di otak jemala Nisa. "Kenapa abang berlainan sekarang ni, tak macam dulu pelembut, suka berjenaka, ni tak asyik nak cari salah Nisa sahaja. Nape Bang?"soal Nisa pada Zakri . "Kaulah penyebabnya. Tak yah nak tunjuk baik plak" Zakri menempelak Nisa "Jantan mana yang kau layan kat opis kau tu" sergah Zakri lagi. "Abg syak Nisa ngan lelaki lain ke? Kenapa Abg syak yg bukan-bukan, Nisakan isteri Abang yang sah tak kanNisa nak buat jahat ngan orang lain pulak Bang"? terang Nisa pada Zakri. "ALLAH dah bagi kita rezeki awal,tak baik cakap cam tu. Itu semua kehendak ALLAH" Nisa senyum dan menghampiri sambil memeluk badan suaminya tetapi Zakri meleraikan pelukan Nisa dengan kasar sehingga Nisa hampir tersungkur. Nisa menangis dan sedih. Zakri buat tak tahu sahaja. Deraian airmata Nisa semakin laju. Nisa hanya mampu menangis. Terasa dada .Nisa sakit menahan semua tohmahan dari Zakri, suaminya yang sah. "Woi, benda-benda tu bole terjadilah Nisa, kawan baik ngan bini sendiri, suami sendiri, bapak ngan anak, hah emak ngan menantu pun bole jadi tau apatah lagi macam kau nie, tau tak. Tu dulu kawan kau lama tu yang satu opis ngan kau tu, Farid, bukan main baik lagi budak tu" marah Zakri. "Entah-entah keturunan kau, darah daging kau pun tak senonoh.... heee teruk. Nasib aku la dapat bini cam engkau ni"kutuk Zakri lagi pada Nisa. "Bawa mengucap Bang, jangan tuduh saya yang bukan-bukan saya bukan perempuan tak tentu arah walaupun saya menumpang keluarga ni , saya bukan jenis macam tu saya tau akan halal haram, hukum hakam agama. "Walaupun saya tak tau asal usul keluarga kandung saya, saya bersyukur dan berterima kasih pada emak kerana jaga saya dari kecil dah macam darah daging saya sendiri" kata Nisa pada Zakri. "Tapi Abang tak boleh hina keluarga kandung saya walaupun saya tak pernah tengok muka ayah dan mak kandung saya. Mereka lahirkan saya kedunia,"ucap Nisa sambil menangis.

Semenjak kejadian itu Nisa terpaksa mengikut Zakri ke tempat kerjanya apabila habis waktu kerja. Nisa berehat di Surau tempat Zakri bekerja. Zakri bekerja di salah sebuah Pusat membeli belah dan kerjanya mengikut shif.Kalau Zakri shif malam terpaksalah Nisa menunggu Zakri sehingga pukul 10.30 malam - 11.30 malam sehingga habis Pusat membeli belah itu tamat waktu perniagaannya. Nisa terpaksa berbohong pada emak dan keluarga lain dengan mengatakan Nisa buat overtime di pejabat. Nisa terpaksa berbuat demikian kerana tidak mahu dikata-kata dan dituduh lagi. Dengan keadaan perut semakin membesar Nisa gagahkan juga. Tetapi kadangkala Zakri tidak menjemput Nisa di tempat kerja terpaksalah Nisa menaiki bas. Begitulah Nisa sehinggalah Nisa hampir pada waktu bersalin Nisa. Kalau diminta jemput...macam- macam kata kesat dilemparkan pada Nisa, perempuan tak tau berdikarilah, berlagak senang lah, lagak kaya lah. Pernah suatu hari Nisa naik marah kerana Zakri jemput Nisa lambat sampai sakit pinggang Nisa menunggunya. Nisa menangis. Zakri tiba-tiba naik angin dan cakap perangai Nisa macam firaun la, perempuan tak sedar dirilah, tak layak jadi isterilah, menyusahkan macam-macam kata nista dilemparkan pada Nisa.

Nisa tambah sedih mengenangkan diri Nisa, ngadu kat emak takut dimarahi pula...bila Nisa balik ke rumah, mereka berdua akan berlakun yang mereka tidak bergaduh...Nisa sedaya upaya tidak mahu menunjukkan yang masalah melanda perkahwinannya. Kasihan Nisa...dalam keadaan yang begitu Nisa masih mampu bertahan, masih kuat lagi emosinya. Satu hari Zakri dalam keadaan marah telah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa ke dinding...Nisa hanya mampu menangis dan menanggung kesakitan gara-gara Nisa nak pergi ke rumah Mak Usu Nisa yang ingin mengahwinkan anaknya di Tanjung Karang. Emak Nisa dah seminggu pergi ke sana untuk menolong. Hari dah mula petang jadi Nisa mendesak agar bertolak cepat kerana kalau hari malam nanti bahaya , "Kita nak jalan jauh ni Bang. Biarlah kita pergi awal sikit bolehlah tolong apa yang patut. Masa nilah kita nak membalas pertolongan mereka, ingat tak masa kita kahwin mereka bekerja keras kan "kata Nisa pada Zakri. Zakri ketika itu sedang berehat menonton. "Bang dengar tak ni, lagi pun hari dah mula gelap,takut plak hujan nanti"desak Nisa lagi. Tiba-tiba Zakri bangun dan mukanya bengis memandang Nisa "Kau tahu aku penatkan, tak boleh tunggu ker,suka hati aku lah nak pegi malam ke siang ke tak pegi langsung ker"marah Zakri. "Itu Nisa tau, Abang dah berehat dari pagi tadi Bang masih penat lagi, Nisa cuma nak ingatkan Abang aja"Nisa memberitahu Zakri. Zakri datang pada Nisa dan direntapnya rambut Nisa dan di hantukkannya kepala Nisa kedinding.

Nisa tak dapat buat apa. YA ALLAH sanggup Zakri berbuat demikian...terasa kebas kepala Nisa dan mula membengkak. Pening kepala Nisa dibuatnya. "YA ALLAH kau kuatkan iman aku YA ALLAH, lindungilah aku dan kandungan aku dari bahaya YA ALLAH" doa Nisa dalam hatinya. Nisa memencilkan diri Nisa disudut dinding dan menangis.Zakri kemudian duduk diam. Nisa rasa kepala Nisa macam nak pecah. Kebas masih lagi dan embengkak.. .berdenyut2. .."Bang, Nisa minta maaf jika Nisa membuat Abang marah" Nisa memohon maaf pada Zakri sambil teresak-esak.

Treet,Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Sapa plak nie sebok je....."Rungut Zakri yang tengah sibuk berborak dengan kawan-kawan di salah sebuah caf?. "Hoi, Encik Zakri, bini ko kat wad tak gi jengok ke, apa punya laki ko nie? sindir Azlan, kawan pejabat Zakri. "Alah, dia sihat je kat wad tu, makan tanggung berak cangkung, ha,ha,ha"gelak Zakri dan kawan-kawan lain. Azlan cuma berdiam diri. "Senangnya hidup Zakri nie tak ader risau langsung pasal bini dia"cetus hati Azlan. "Akulah kalau bini aku masuk wad bersalin aku sentiasa dok sebelah dia tau...mereka perlukan kita masa tu...nyawa mereka dihujung tanduk semata-mata nak melahirkan zuriat yang dari darah daging engkau tau, cuba fikir sikit" Azlan mengingatkan Zakri. "Iyelah, Lan, lagipun Nisa dah bersalin, selamat dah, sekarang tengah berehat laaa, apa aku nak risau lagi" jawab Zakri selamba. "Suka hati kau lah, tapi kalau ader apa-apa nanti kau jangan menyesal Zakri, sesal tak sudah nanti" kata Azlan lagi. Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Hello Zakri speaking" jawab Zakri. "Hello Zakri, Doktor Johari sini, ade masalahlah Zakri, pasal Nisa, datang segera ke hospital ye Zakri, Nisa tidak sedarkan diri........ ."panggilan kecemasan dari Doktor Johari "Iye ke, teruk ke dia Johari , okay I atang"...tuttttttt . Zakri menamatkan perbualannya dengan Doktor Johari. "Lan. Kau kut aku, Nisa tak sedar diri ..."ajak Zakri pada Lan. "Hah, tadi kau kata bini kau sihat"tanya Lan pada Zakri. "Alah jom ler cepat" desak Zakri.

"Zakri, kami tak dapat selamatkan Nisa, Nisa mengalami pendarahan otak yang serius, sebelum nie pernah tak Nisa jatuh atau...terhantuk kuat cause sebelah kanan kepalanya kelihatan bengkak dan ada tanda lebam. Mungkin kesan dah lama? tanya Doktor Johari dengan serius dan ingin penjelasan Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri. Automatik otak Zakri teringat yang dia pernah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa kedinding sekuatnya... dan selepas kejadian itu Zakri tidak pernah pun membawa Nisa ke Klinik untuk membuat pemeriksaan kepalanya dan semenjak kejadian itu Nisa sering sakit kepala yang teruk ...tapi Zakri tidak pernah mengendahkan kesakitan Nisa....baginya Nisa mengada-ngada ..saja buat sakit untuk minta simpati...tetapi sebaliknya.. ...Zakri hanya diam...."YA ALLAH apa aku dah buat" rasa bersalah membuat dirinya rasa menggigil... "Doktor Zainal yang merawat Nisa kerana Nisa mengadu sakit kepala sewaktu Nisa memberi susu pada kembarnya di Nursery, sakit yang amat sangat katanya so Doktor Zainal membawa Nisa ke Lab untuk membuat scanning di kepalanya dan confirm otaknya ada darah beku tapi malangnya ia sudah ditahap yang kritikal, kami tak mampu lakukan apa-apa kerana Nisa tidak mahu di operation sebelum meminta izin dari kau Zakri, Nisa telah pergi dulu dengan tenang.Permintaan terakhir Nisa, Nisa minta kau membaca diarinya. I'm really sorry Zakri. ALLAH berkuasa Zakri kita tak dapat menghalangnya" kata Doktor Johari lalu memberikan Zakri sebuah diari yang berbalut kemas dengan kain lampin baby yang masih baru.

Zakri mengambil diari itu dan membuka setiap lembaran diari Nisa, setiap lembaran tertulis rapi tulisan Nisa dan peristiwa yang berlaku pada Nisa pada setiap hari , Zakri membacanya sepintas dan nyata keluhan,kesakitan segala luahan rasa Nisa semuanya tertera di iarinya. Dan Zakri dapati setiap peristiwa itu semuanya perlakuan buruk Zakri terhadap Nisa..."YA ALLAH kenapa aku buat Nisa begini" terdetik hati Zakri selepas membaca tiap lembaran diari Nisa. Dan terpandang oleh Zakri mukasurat akhir lembaran diari yang ditanda dengan bunga ros merah yang telah kering....membuat Zakri tertarik untuk membacanya.. . Untuk suami Nisa yang tersayang, I LOVE U Bang... "SELAMAT HARI ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG PERTAMA"

Assalamualaikum.

Abang,

Ingat tak bunga Ros merah ni, Abang berikan pada Nisa sewaktu mula mengenali Abang. Lama Nisa simpan bunga tu Bang...Bunga inilah lambang bermulanya perkenalan Nisa dengan Abang. Nisa benar-benar menyayangi Abang. Nisa menyimpan setiap hadiah yang abang bagi pada Nisa. Abang tak pernah tahu kan ... Itulah salah satu buktinya betapa sayangnya Nisa.. Terlebih dahulu Nisa ingin sangat dengar Abang panggil Nisa AYANG seperti kita baru kahwin...Abang panggil Nisa AYANG...terasa diri dimanja bila Abang panggil Nisa cam tu...walaupun Nisa dapat merasa panggilan AYANG itu seketika sahaja. Abang dah banyak berubah. Perkataan AYANG telah hilang dan tidak kedengaran untuk Nisa lagi. Kenapa? Bencikah Abang pada Nisa? Abang...mukasurat nie khas utk Abang. Bacalah semoga Abang tahu sayangnya Nisa pada Abang. Abang ingatkan hari nie hari ulangtahun perkahwinan kita yang pertama dan Nisa hadiahkan Abang....... Danial dan Dania. Untuk Nisa tak perlulah Abang bagi kerana tak ada apa yang Nisa inginkan melainkan kasih sayang Abang pada Nisa. Nisa akan pergi mencari ketenangan dan kedamaian untuk diri Nisa. Nisa pergi untuk menemui NYA.

Nisa harap Abang akan menjaga Danial dan Dania dengan baik dan jangan sekali-kali sakiti mereka. Danial dan Dania tak tahu apa-apa. Itulah hadiah paling berharga dari diri Nisa dan mereka adalah darah daging Abang. Jangan seksa mereka. Abang boleh seksa Nisa tapi bukan mereka. Sayangilah mereka...Nisa ingin mengatakan bahawa Nisa tak ada hubungan dengan sesiapa melainkan Abang sahaja di hati Nisa. Jiwa dan raga Nisa hanya untuk Abang seorang. Terima kasih kerana Abang sudi mengahwini Nisa walaupun Nisa in cuma menumpang kasih disebuah keluarga yang menjaga Nisa dari kecil hinggalah Nisa bertemu dengan Abang dan berkahwin. Nisa harap Abang tidak akan mensia-siakan kembar kita dan Nisa tidak mahu mereka mengikut jejak kehidupan Nisa yang malangkerana menumpang kasih dari keluarga yang bukan dari darah daging nisa....tapi Nisa bersyukur kerana dapat mengecapi kasih sayang sepenuhnya dari keluarga ini. Nisa harap sangat Abang akan sentiasa memberitahu pada kembar kita yang Nisa ibunya akan sentiasa bersama disamping kembar kita, walau pun Nisa tak dapat membelai dan hanya seketika sahaja dapat mengenyangkan kembar kita dengan air susu Nisa. Berjanji pada Nisa dan ingat DANIAL dan DANIA adalah darah daging abang...Ampunkan Nisa dan halalkan segala makan minum Nisa selama setahun kita bersama. Sekiranya Abang tidak sudi menerima Danial dan Dania berilah pada emak Nisa supaya emak menjaga kembar kita dan segala perbelanjaan Nisa dah buat nama emak untuk KWSP Nisa. Biarlah emak menjaga kembar kita sekurang-kurang terubat juga rindu emak sekeluarga pada Nisa nanti bila memandang kembar kita. Comel anak kita bang..Dania mengikut raut muka Abang...sejuk kata orang dan Nisa yakin mesti Danial akan mengikut iras raut wajah Nisa...Ibunya. ..sejuk perut Nisa mengandungkan mereka. Inilah peninggalan Nisa untuk Abang. Semoga Abang masih sudi menyayangi dan mengingati walaupun Nisa sudah tiada disisi Abang dan kembar kita.

Wassalam.
Salam terakhir dari Nisa Untuk Abang dan semua.
Doakan Nisa.

Ikhlas dari

Nur Nisa


Sabarlah Zakri, ALLAH maha berkuasa. Kuatkan semangat kau, kau masih ada Danial dan Dania" pujuk Azlan. Zakri hanya tunduk membisu. YA ALLAH,Nisa maafkan Abg Nisa. Zakri longlai dan diari ditangannya terlepas, sekeping gambar dihari pernikahan antara Zakri dan Nisa jatuh dikakinya dan Zakri mengambilnya. Belakang gambar itu tertulis "HARI YANG PALING GEMBIRA DAN BAHAGIA BUAT NISA DAN SEKELUARGA. NISA DISAMPING SUAMI TERCINTA SELEPAS DIIJABKABULKAN. SEMOGA KEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAAN AKAN MENYELUBUNGI DIRI NISA DAN KELUARGA NISA HINGGA KEAKHIR HAYAT NISA.

Zakri terjelepuk dilantai dan berjuta penyesalan merangkumi seluruh tubuhnya. Zakri seakan orang hilang akal. Satu demi satu setiap perlakuannya terhadap isterinya Nisa seperti terakam dalam kotak otaknya...setiap perbuatannya. ..seperti wayang jelas terpampang.. . kenapalah sampai begini jadinya...kejamnya aku...Nisa, Nisa, Nisa maafkan Abang Nisa. Sewakt jenazah Nisa tiba dirumah suasana amat memilukan. Zakri tidak terdaya untuk melihat keluarga Nisa yang begitu sedih atas pemergian Nisa. Namun emak Nisa begitu tabah dan redha. Danial dan Dania sentiasa di dalam pangkuan neneknya.Saat akhir untuk melihat Jenazah Nisa, Zakri lihat muka Nisa tenang bersih dan Zakri kucup dahi Nisa buat kali terakhir seakan-akan lirik mata Nisa mengikuti wajah Zakri. "Nisa Abang minta ampun dan maaf" bisik Zakri perlahan pada telinga Nisa sambil menangis dengan berjuta penyesalan menimpa-nimpa dirinya. Apabila Zakri meletakkan kembar disisi ibunya mereka diam dari tangisan dan tangan dari bedungan terkeluar seolah-olah mengusapi pipi ibu mereka buat kali terakhir dan terlihat oleh Zakri ada titisan airmata bergenang di tepi mata Nisa. Meleleh perlahan-lahan bila kembar itu diangkat oleh Zakri. Kembar menangis semula setelah diangkat oleh Zakri dan diberikan kepada neneknya.

Jenazah Nisa dibawa ke pusara dan ramai yang mengiringinya termasuklah kembar bersama. Walaupun kembar tidak tahu apa-apa tapi biarlah kembar mengiringi pemergian Nisa, Ibu mereka yang melahirkan mereka. Amat sedih ketika itu.. Zakri tidak mampu berkata apa-apa melainkan menangisi pemergian Nisa yang selama ini merana atas perbuatannya. Dan akhirnya Jenazah Nisa selamat dikebumikan. Satu persatu orang ramai meninggalkan kawasan pusara dan akhirnya tinggallah Zakri keseorangan di pusara Nisa yang merah tanahnya...meratapi pilu, berderai airmata dengan jutaan penyesalan ...YA ALLAH , kuatkan hambamu ini YA ALLAH. Hanya KAU sahaja yang mengetahui dosa aku pada Nisa....ampunkan aku YA ALLAH....akhirnya Zakri terlelap disisi pusara Nisa bermimpikan oleh Zakri,Nisa datang mencium tangan, mengucup dahi dan memeluk Zakri dengan lembut mulus. Zakri melihat Nisa tenang dan jelas kegembiraan terpancar dimuka Nisa Putih bersih. Nisa, Nisa, Nisa nak kemana Nisa, Nisa, Nisaaaaaa. Zakri terjaga dari lenanya. Terngiang-ngiang suara kembar menangis. "YA ALLAH ,Zakri,Zakri bangun Zakri...dan hampir senja ni, mari kita balik, kenapa kau tidur kat sini Zakri?" tegur abang long , abang ipar Zakri. Dari jauh Zakri lihat emak dan kakak ipar mengendung kembar. Mereka menangis. Zakri berlari menuju ke arah kembarnya dan mengusap-usap ubun-ubun anak kembar dan secara automatik kembarnya diam dari menangis. "Danial, Dania anak ayah, ayah akan menjagamu nak...kaulah penyambung zuriat, darah daging ayah... emak, abang dan kakak ipar Zakri tersedu hiba dan mereka berlalu lemah meninggalkan pusara Nisa....

p/s: sayangilah orang yg menyayangi kta...sesunnguhnya org yg menyayangi kta lebih baik dari segalanya....sedih hati ku bila baca cerita ni...amek dari fb...harap diorg tak marah (T_T)